EN  | BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Peruntukan dana besar untuk laksana projek rakyat di Sarawak
Tarikh : 13 Jan 2020  Sumber Berita: https://sarawakvoice.com/2020/01/12/peruntukan-dana-besar-untuk-laksana-projek-rakyat-di-sarawak/
 

Peruntukan dana besar untuk laksana projek rakyat di Sarawak


KANOWIT: Dalam memenuhi aspirasi rakyat Sarawak, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Sarawak untuk menyalurkan peruntukan besar bagi kemudahan seperti bekalan elektrik dan air.

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, dalam memastikan kesinambungan pembangunan penduduk luar bandar, Kerajaan dibawah pimpinan GPS sentiasa berusaha dalam melaksanakan pelbagai program dan iniasiatif pembangunan luar bandar.

Tambah Ketua Menteri, dengan kewangan yang stabil dalam menjana pendapatan, Kerajaan Sarawak akan memperuntukkan lebih RM5 Bilion dalam masa dua tahun untuk melaksanakan skim SAWAS, SARES dan juga Grid.

Beliau berkata demikian di dalam ucaptamanya pada Majlis Perasmian Projek Utiliti Rakyat di sini, Sabtu.

Terdahulu, Menteri Utiliti Dato Sri Stephen Rundi Utom di dalam ucapannya memberitahu, salah satu usaha Kerajaan Sarawak adalah memastikan kesemua penduduk di Sarawak bakal menikmati liputan 100 peratus bekalan elektrik dan air menjelang 2025.