EN  | BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

MAJLIS PELANCARAN PROJEK BEKALAN AIR LUAR BANDAR (BALB) DAERAH SEBAUH, BINTULU
Tarikh : 28 Aug 2020
 

MAJLIS PELANCARAN PROJEK BEKALAN AIR LUAR BANDAR (BALB)
DAERAH SEBAUH, BINTULU

SEBAUH, 28 OGOS 2020: Kementerian Utiliti Sarawak dengan kerjasama Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) telah mengadakan Majlis Pelancaran Projek Bekalan Air Luar Bandar (Balb), Daerah Sebauh yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Dr Stephen Rundi Anak Utom, Menteri Utiliti Sarawak merangkap ADUN N.69 Kemena.

            Secara keseluruhan, Kerajaan Sarawak telah meluluskan sebanyak 27 buah Projek Rakyat di Bahagian Bintulu dengan peruntukan lebih kurang berjumlah RM 340 Juta, manakala 3 buah Projek SAWAS juga turut diberikan kelulusan dengan peruntukan berjumlah sebanyak RM 53 Juta.

            Bagi Daerah Sebauh, Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan YAB Ketua Menteri Sarawak telah meluluskan sebanyak 8 buah Projek Rakyat dengan peruntukan berjumlah RM 200 Juta.

            Bagi kawasan di Ulu Sebungan, projek bernilai RM 10 Juta iaitu pembinaan Stesen Pam Penggalak dan Tangki Aras Tinggi sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Januari 2021. Buat setakat ini, kemajuan projek ini adalah sebanyak 60.59 peratus (%). Apabila siap nanti, ia akan memberi impak besar kepada lebih kurang 3500 penduduk di Ulu Sebungan dan Pandan.

Turut hadir bersama memeriahkan lagi majlis ini ialah Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi, Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air), Yang Berbahagia Ir. Dato Alice Jawan Empaling, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti Sarawak, Yang Berusaha Encik Ir. Chang Kuet Shian, Pengarah Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB).