EN  | BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Piagam PelangganPiagam Pelanggan

Kementerian Kemudahan Awam adalah komited di dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pemegang amanah kerajaan dan pelanggan dan sentiasa fokus,menepati masa, proaktif dan efisien. Bagi memenuhi komitmen ini, Kementerian akan memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti di dalam perkara-perkara di bawah:

  • Menepati masa
  • Komunikasi; dan
  • Tindakbalas


Menepati Masa

Mengeluarkan Sijil Kompetensi dan Sijil Pendaftaran

  1. Mengeluarkan Sijil Pendawai Elektrik setelah memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki dalam tempoh 2 hari waktu bekerja.
  2. Mengeluarkan Sijil Penjaga Jentera setelah memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki dalam tempoh 2 hari waktu bekerja.
  3. Mengeluarkan Sijil Penyelia Elektrik setelah memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki dalam tempoh 2 hari waktu bekerja.
  4. Mengeluarkan Sijil Jurutera Elektrik Kompeten setelah memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki dalam tempoh 2 hari waktu bekerja
  5. Mengeluarkan Sijil Kelulusan Perkakas Elektrik setelah memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki dalam tempoh 2 hari waktu bekerja.
  6. Mengeluarkan Permit Mengimpot Perkakas Elektrik setelah memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki dalam tempoh 2 hari waktu bekerja.
  7. Mendaftarkan Kontraktor Pepasangan Elektrik setelah memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki dalam tempoh 2 hari waktu bekerja.
  8. Mendaftarkan Pepasangan Papan Suis Utama dan Kelengkapan setelah memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki dalam tempoh 2 hari waktu bekerja.
  9. Kelulusan Lesen Penjanaan Elektrik (melebihi 1.5MW) setelah memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki dalam tempoh 35 hari waktu bekerja.
  10. Kelulusan Lesen Penjanaan Elektrik (kurang dari 1.5MW) setelah memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki dalam tempoh 32 hari waktu bekerja.

Pemprosesan Permohonan BELB

  1. Memproses permohonan yang lengkap bagi permohonan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan memberi maklumbalas dalam tempoh 20 hari.

 Komunikasi

  1. Mendengar dan mengambil tindakan ke atas pertanyaan dengan kadar segera dan berhemah;
  2. Memberi layanan dengan senyuman;
  3. Menjawab panggilan dalam 5 deringan;
  4. Membantu dan memberikan informasi yang betul dan jelas;
  5. Memberikan informasi yang berguna; dan
  6. Menyelenggara laman sesawang kementerian dan memastikan ia memberikan informasi yang terkini.

 Tindakbalas

  1. Tindakbalas yang cepat dan memberikan maklumbalas kepada pemegang amanah kerajaan dan pelanggan.
  2. Memberikan respon yang cepat berkenaan dengan jangkaan masa ke atas pertanyaan atau permintaan yang tidak dapat dijawab.
  3. Memberikan tindakbalas yang cepat berkenaan dengan jangkaan masa bagi pertanyaan atau permintaan yang tidak dapat dijawab pada kali pertama.