EN  | BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Tentang KamiTentang Kami

Sektor Kemudahan Awam di Sarawak sebelum ini adalah di bawah skop Kementerian Kewangan dan Kemudahan Awam. Walau bagaimanapun, setelah Kabinet Sarawak dirombak pada 1 Julai 2004, Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk memisahkan sektor Kemudahan Awam daripada Kementerian Kewangan. 

Semasa sektor Kemudahan Awam di Sarawak masih lagi di bawah skop Kementerian Kewangan dan Kemudahan Awam, Setiausaha Kewangan Negeri telah dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kemudahan Awam.

Pada 1 Julai 2004, setelah Kabinet Sarawak dirombak, struktur komposisi dan fungsi unit utiliti telah dipisahkan daripada struktur organisasi pejabat Setiausaha Kewangan Negeri dan dipindahkan ke Kementerian Kemudahan Awam yang baru dan diketuai sendiri oleh Setiausaha Tetap.

Pada 2017, nama Kementerian telah ditukar kepada Kementerian Utiliti. Utiliti dan fungsi-fungsi lain di bawah skop Kementerian adalah seperti di bawah:

  • Air *termasuk Bekalan Air Luar Bandar (BALB);
  • Elektrik *termasuk Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB);
  • Gas; dan
  • isu-isu berkaitan dengan pembinaan empangan bagi tadahan air dan isu-isu penempatan yang timbul daripada projek sedemikian.

Agensi-agensi di bawah Kementerian Utiliti adalah:

  • Lembaga Air Kuching
  • Lembaga Air Sibu
  • LAKU Management Sdn Bhd
  • Jabatan Bekalan Air Luar Bandar
  • Sarawak Energy Bhd
  • Sarawak Gas Distribution Sdn Bhd

Undang-undang dan peraturan-peraturan yang mengawal industri bekalan Elektrik di bawah skop Kementerian adalah:

  • The Electricity Ordinance (Cap 50);
  • The Electricity (Amendment) Ordinance, 2003 (Cap A109);
  • The Electricity Rules, 1999;
  • The Electricity (State Grid Code) Rules, 2003;
  • The SESCO Ordinance, 1962 (Cap 51); and
  • The Sarawak Electricity Supply (successor Company) Ordinance, 2004

Undang-undang dan peraturan-peraturan yang mengawal sektor atau industri bekalan air di bawah skop Kementerian adalah seperti di bawah:

  • The Water Ordinance, 1994 (Cap 13);
  • The Water Supply Regulations, 1995;
  • Water (Amendment) Ordinance Chapter A126, 2006

Undang-undang dan peraturan-peraturan yang mengawal sektor atau industri gas di bawah skop Kementerian adalah seperti di bawah;

  • The Sarawak Gas Supply Services (Operating Company) Ordinance, 1995

Walau bagaimanapun undang-undang yang mengawal sektor atau industri ini di Malaysia adalah seperti di bawah;

  • Gas Supply Act 1993; dan
  • Gas Supply Regulations 1997