EN  | BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Soalan-soalan LazimSoalan-soalan Lazim

SOALAN-SOALAN LAZIM

S:     Apakah senarai utiliti di bawah skop Kementerian Kemudahan Awam?

J:     Senarai utiliti di bawah skop Kementerian ini merangkumi Bekalan Air, Bekalan Elektrik, Infrastruktur Telekomunikasi dan Pengagihan Gas.


S:     Bagaimana pemohon Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) boleh mengetahui permohonannya telah diterima dan direkod oleh Kementerian?

J:     Setiap permohonan BELB yang diterima oleh Kementerian akan direkod di dalam sistem pangkalan data dan surat maklum balas akan dihantar kepada pengirim untuk memaklumkan penerimaan permohonan tersebut. 


S:     Adakah Skim BELB merangkumi pendawaian di dalam rumah?

J:     Tidak,  pendawaian di dalam rumah adalah di luar skop Skim BELB.


S:      Bagaimana saya boleh memohon atau mendaftar sebagai Orang Kompeten seperti Pendawai Elektrik, Penjaga Jentera, Penyelia Elektrik dan Jurutera Kompeten Elektrik?

J:      Permohonan atau pendaftaran sebagai Orang Kampeten adalah digalakkan dibuat menerusi perkhidmatan melalui talian eMINDS (EIU Main Information, Network and Database System). Pemohonan juga boleh dihantar ke Pejabat Unit Merinyu Elektrik.


S:     Jika saya ingin mengimport peralatan elektrik, adakah saya perlu mendapatkan kelulusan Kementerian?

J:     Ya, setiap peralatan elektrik yang diimport sama ada untuk kegunaan sendiri atau dijual kepada pengguna mestilah mendapatkan kelulusan daripada Pengarah Bekalan Elektrik. Untuk maklumat lanjut, sila menghubungi Pejabat Unit Merinyu Elektrik.


Sekiranya soalan yang anda cari tidak terdapat dalam senarai di atas, sila berhubung dengan pejabat kami:

Kementerian Kemudahan Awam Sarawak
Tingkat 2, Wisma Sumber Alam,
Jalan Stadium, Petrajaya,
93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia.

Talian am : 082-440062 / 440063 / 440097