EN  | BM
Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
The Official Website of
Ministry of Utilities Sarawak

SESI DAILOG PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT
Posted on : 21 Jan 2020
 

YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom, Menteri Utiliti Sarawak bersama-sama dengan penduduk di Rh Robert Tugang, Jambatan Suai, Niah, Miri pada malam 17 Januari 2020, telah menghadiri Sesi Dialog Pemimpin Bersama Rakyat.

Kira-kira 2500 orang telah membanjiri Rh. Robert bagi mendengar sesi dialog tersebut. Sesi tersebut berlangsung dengan interaksi dua hala yang memberansangkan antara penduduk rumah panjang dengan ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai yang bertanggungjawab. Rakyat dapat bertanya secara langsung mengenai apa-apa isu yang berlaku di kawasan mereka dan mendengar dengan jelas penerangan yang diberikan. Sesi seperti ini memberi impak yang amat berkesan kepada rakyat yang ingin bertanya dan mendapat jawapan secara langsung daripada Menteri atau Ketua Jabatan yang terlibat di dalam sesi dialog itu. Sesi dialog tersebut telah tamat menjelang tengah malam dan ini menunjukkan komitmen semua pihak termasuk Menteri Utiliti, Yang Berhormat di kawasan berkenaan, serta agensi-agensi untuk memastikan masalah rakyat dapat disampaikan secara langsung dan ditangani dengan penuh demokrasi.

Turut hadir bersama adalah Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air), Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) Datuk Liwan Lagang, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti, Dato Ir Alice Jawan Empaling dan ketua-ketua jabatan serta kakitangan daripada MOU, JBALB, SEB, LAKU, L&S dan JKR.