EN  | BM
Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
The Official Website of
Ministry of Utilities Sarawak

MAJLIS PENYERAHAN HAKMILIK SISTEM JANAKUASA SOLAR SARES FASA 3 & 4 DAERAH SONG
Posted on : 08 Sep 2020
 

MAJLIS PENYERAHAN HAKMILIK SISTEM JANAKUASA
SOLAR SARES FASA 3 & 4 DAERAH SONG

KAPIT, 8 SEPTEMBER 2020: Kementerian Utiliti Sarawak dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) telah mengadakan Majlis Penyerahan Hakmilik Sistem Janakuasa Solar Sares Fasa 3 & 4 Daerah Song di Rh Lucy Matan/Rh Ribut, Ulu Tekalit yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (MP P.215 Kapit) dan diiringi oleh Yang Berhormat Datuk Liwan Lagang, Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik).

Sarawak kini mencapai liputan elektrik 24-jam sekitar 93% penduduk luar bandar. Sejumlah 22,360 isi-rumah atau 7% penduduk luar Bandar yang masih belum mendapat elektrik 24-jam. Sasaran kementerian adalah untuk membekalkan elektrik kepada seluruh penduduk Sarawak.

Kerajaan Negeri Sarawak di bawah kepimpinan YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah meluluskan Pelan Induk Elektrik Luar Bandar Sarawak dengan peruntukan khas berjumlah RM2.37 billion untuk 2019 dan 2020. Ini akan dapat mempertingkatkan liputan bekalan elektrik dalam kalangan isi rumah di luar bandar dari 93 peratus kepada 96 peratus.

Dalam Pelan Induk Elektrik Luar Bandar Sarawak sebanyak RM600 juta telah diperuntukkan bagi tempoh 2019-2020 untuk menerangi 400 buah kampung yang melibatkan 12,000 isi-rumah di bawah program SARES bagi seluruh Sarawak. Sejak pelaksanaan SARES lebih 7,988 isi-rumah di 277 buah kampung dan rumah panjang terpencil kini dapat menikmati bekalan elektrik 24-jam. Sementara itu, perancangan untuk daerah Song di bawah program SARES untuk tahun 2021 adalah 16 buah rumah panjang dengan 269 isirumah. Kesemua 16 rumah panjang ini akan turut menikmati bekalan elektrik melalui program SARES setelah pelaksanaan ini siap kelak.