EN  | BM
Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
The Official Website of
Ministry of Utilities Sarawak

MAJLIS PENYERAHAN HAKMILIK SISTEM JANAKUASA SOLAR SARES FASA 3 & 4 DAERAH TELANG USAN BAHAGIAN MIRI
Posted on : 21 Sep 2020
 

MAJLIS PENYERAHAN HAKMILIK SISTEM JANAKUASA SOLAR
SARES FASA 3 & 4 DAERAH TELANG USAN BAHAGIAN MIRI

Telang Usan, 21 September 2020: Kementerian Utiliti Sarawak dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad telah mengadakan Majlis Penyerahan Hakmilik Sistem Janakuasa Solar (SARES) Fasa 3 & 4 Daerah Telang Usan Bahagian dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Dr Stephen Rundi Anak Utom, Menteri Utiliti Sarawak merangkap ADUN N.69 Kemena.

Projek SARES adalah inisiatif Kerajaan Sarawak yang telah menampakkan hasilnya melalui Kementerian Utiliti dan dilaksanakan oleh Sarawak Energy Berhad melalui peruntukan Kerajaan Negeri untuk membekal elektrik 24-jam kepada penduduk di pedalaman terpencil.

Untuk bahagian Miri, di bawah program SARES sejak tahun 2016-2019, sebanyak 76 buah rumah panjang dengan 3,805 isi-rumah telah mendapat bekalan elektrik 24-jam. Rumah panjang yang terlibat dengan penyerahan projek SARES ini ialah:

  1. Long Beku, sebanyak pintu (37 isi-rumah)
  2. Ba’ Muboi (35 pintu)
  3. Long Ajeng (49 pintu)
  4. Long Tungan (65 pintu)
  5. Long Selaan (53 pintu)
  6. Long Moh (106 pintu)
  7. Long Jeeh (113 pintu)
  8. Long Jekitan (97 pintu)
  9. Long Tikan (17 pintu)

Sementara itu, perancangan untuk Bahagian Miri di bawah program SARES untuk tahun 2021 adalahTahun 11 buah rumah panjang dengan 230 isi-rumah. Kesemua 11 rumah panjang ini akan turut menikmati bekalan elektrik melalui program SARES setelah pelaksanaan ini siap kelak.

Turut hadir bersama, isteri beliau, Datin Sri Loretta Rundi, Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Datuk Liwan Lagang serta isteri Datin Rosnie Bilang, Timbalan Speaker DUN Sarawak merangkap ADUN Mulu, Dato Gerawat Gala serta isteri Datin Esther Mujan Balan, Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau, Timbalan Presiden Bekalan Elektrik Luar Bandar, Sarawak Energy Berhad (SEB), Dr Chen Shiun dan Pegawai Daerah Telang Usan, Baru Tai.