EN  | BM
Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
The Official Website of
Ministry of Utilities Sarawak

MAJLIS PENYERAHAN HAKMILIK SARES SEBAUH FASA 4 DAN PERASMIAN PROGRAM MERDEKA@KOMUNITI PERINGKAT DUN N.69 KEMENA
Posted on : 22 Aug 2020
 

MAJLIS PENYERAHAN HAKMILIK SARES SEBAUH FASA 4 DAN
PERASMIAN PROGRAM MERDEKA@KOMUNITI PERINGKAT DUN N.69 KEMENA

Kementerian Utiliti Sarawak dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad telah mengadakan Majlis Penyerahan Hakmilik SARES Sebauh Fasa 4 dan Perasmian Program Merdeka@Komuniti Peringkat DUN N.69 Kemena pada 22 Ogos 2020 dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Dr Stephen Rundi Anak Utom, Menteri Utiliti Sarawak merangkap ADUN N.69 Kemena. Rumah panjang yang terlibat dengan penyerahan projek SARES ini ialah:

i.          Rh Lawai Ak Chukai, Sg Sujan, Mapu sebanyak pintu (35 isi-rumah)
ii.         Rh Nompang, Sg Sujan sebanyak pintu (30 isi-rumah)
iii.        Rh Palos, sebanyak pintu (25 isi-rumah)
iv.        Rh Elwin Ugan, sebanyak pintu (12 isi-rumah)

Projek SARES yang telah siap ini akan memberi manfaat secara langsung kepada 102 isi-rumah untuk menikmati bekalan elektrik 24-jam. Kos pembinaan keseluruhan sistem janakuasa ini adalah sebanyak RM 4.85 juta.

Selain dari itu, Dato Sri Dr Stephen Rundi Anak Utom juga turut merasmikan program Merdeka@Komuniti Peringkat DUN N.69 anjuran Jabatan Penerangan. Tujuan program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk menerapkan sifat patriotik dan semangat cintakan negara sebagai asas hidup rakyat Malaysia.

Turut hadir bersama bagi memeriahkan majlis tersebut ialah Yang Berhormat Datuk Liwang Lagang, Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) dan juga Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahman Junaidi Bin Haji Junaidi, Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) & Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara).