EN  | BM
Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
The Official Website of
Ministry of Utilities Sarawak

ULU NIAH, MIRI & MAJLIS PELANCARAN PROJEK RAKYAT BEKALAN AIR KAWASAN NIAH DAN HARI JALINAN KASIH BERSAMA KOMUNITI
Posted on : 08 Sep 2020
 

ULU NIAH, MIRI & MAJLIS PELANCARAN PROJEK RAKYAT BEKALAN AIR KAWASAN NIAH DAN HARI JALINAN KASIH BERSAMA KOMUNITI

ULU NIAH, MIRI, 6 SEPTEMBER 2020: Kementerian Utiliti Sarawak dengan kerjasama Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) telah mengadakan Majlis Pelancaran Projek Rakyat Bekalan Air Kawasan Niah Dan Hari Jalinan Kasih Bersama Komuniti bertempat di Rh Sube Anak Mat, Ulu Niah yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Dr Stephen Rundi Anak Utom, Menteri Utiliti Sarawak merangkap ADUN N.69 Kemena.

            Kementerian Utiliti Sarawak telah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan visi untuk mencapai liputan bekalan elektrik sepenuhnya menjelang 2025. Liputan elektrik luar bandar adalah 56% dalam tahun 2009 dan telah meningkat ke 93% dalam tahun 2019.

Menyedari hakikat bahawa bekalan air bersih dan terawat amat penting untuk masyarakat, Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan YAB Ketua Menteri Sarawak melalui Kementerian Utiliti Sarawak telah menyediakan peruntukan yang besar untuk pelaksanaan Projek Bekalan Air di Bahagian Miri. Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak sebagai agensi pelaksana telah, sedang dan akan melaksanakan 35 projek bekalan air berjumlah sebanyak RM 840.2 Juta. Projek-projek yang dilaksanakan ini juga termasuk di Kawasan Suai-Niah.

Keprihatinan Kerajaan sama ada di peringkat Negeri dan Persekutuan terbukti apabila telah meluluskan 5 buah Projek Bekalan Air untuk Kawasan Suai-Niah dengan peruntukan dana yang besar. Kerajaan Sarawak telah meluluskan 4 buah projek iaitu 3 Projek Rakyat dan satu projek di bawah Rancangan Malaysia ke-11. Peruntukan dana yang besar berjumlah lebih kurang RM 92.6 Juta ini membuktikan bahawa Kerajaan Sarawak amat menitikberatkan kemudahan asas kepada rakyat.

Manakala Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia telah meluluskan sebuah projek dengan peruntukan dana sebanyak RM 85.8 Juta.

Turut hadir bersama memeriahkan lagi majlis ini ialah Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi, Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air).