EN  | BM
Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
The Official Website of
Ministry of Utilities Sarawak

MAJLIS PELANCARAN DAN LAWATAN KERJA PROJEK BEKALAN AIR DI BAHAGIAN SAMARAHAN OLEH YANG AMAT BERHORMAT DATUK PATINGGI (DR) ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHA
Posted on : 09 Jul 2020
 

MAJLIS PELANCARAN DAN LAWATAN KERJA PROJEK BEKALAN AIR DI BAHAGIAN SAMARAHAN OLEH YANG AMAT BERHORMAT DATUK PATINGGI (DR) ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN TUN DATUK ABANG HAJI OPENG


9 Julai 2020, Khamis : Kementerian Utiliti Sarawak dengan kerjasama Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak telah mengadakan Majlis Pelancaran dan Lawatan Kerja Projek Bekalan Air di Bahagian Samarahan Oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (DR) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg . Lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk meninjau pelaksanaan projek-projek yang telah berjalan di sekitar Samarahan. Bagi memastikan penduduk-penduduk di bahagian Samarahan ini menikmati bekalan air bersih yang lebih baik dan berterusan, YAB Ketua Menteri Sarawak telah meluluskan 21 Projek Rakyat Bekalan Air yang bernilai lebih kurang RM450 juta. Inisiatif Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) ini akan memberi impak signifikan kepada lebih 85 000 penduduk di kawasan Asajaya, Sadong Jaya, Sebangan, Sebuyau dan Simunjan. Lawatan kerja ini telah diiringi oleh YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom (Menteri Utiliti Sarawak), YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi (Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air)), Yang Berbahagia Dato Alice Jawan Empaling (Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti Sarawak), YBhg. Datu Ik Pahon Joyik (Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri), Ybhg. Datu Haji Mohamad Abu Bin Marzuki (Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak), YB Dato Sri Hajah Rohani Bin Abdul Karim (P201 Batang Lupar), YB Hajah Rubiah Binti Wang (P197 Kota Samarahan), YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah (Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan & Menteri Belia dan Sukan), YB Datuk Haji Julaihi Bin Haji Narawi (Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan), YB Datuk Haji Mohd Naroden Bin Haji Majais (Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan), YB Datuk Snowdan Lawan (Menteri Muda Belia dan Sukan), YB Ir. Aidel Lariwoo, (ADUN N20 Sadong Jaya), YB Encik Awla Bin Dris(ADUN N25 Simunjan), Pengarah JBALB.