EN  | BM
Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
The Official Website of
Ministry of Utilities Sarawak

PENDUDUK KAMPUNG SIBU LAUT & KAMPUNG SUNGAI AUR BAKAL TERIMA BEKALAN AIR BERSIH
Posted on : 18 Jul 2020
 

 

PENDUDUK KAMPUNG SIBU LAUT & KAMPUNG SUNGAI AUR BAKAL TERIMA BEKALAN AIR BERSIH

Menteri Muda Bekalan Air, YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi merasmikan Majlis Pelancaran Projek Bekalan Air Luar Bandar Sistem Retikulasi Zon 1 Kampung Sibu Laut dan Kampung Aur Kuching pada 18 Julai 2020.

Kemelut bekalan air yang sering dialami oleh penduduk di Kampung Sibu Laut dan Kampung Sungai Aur, Telaga Air selama ini akan diselesaikan melalui pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sistem Retikulasi Zon 1 yang dijangka siap sepenuhnya menjelang suku kedua tahun 2021. Projek ini dibiayai oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) telah diamanahkan sebagai agensi pelaksana. Lebih 200 penduduk kampung tersebut dijangka mendapat manfaat daripada pelaksanaan projek ini. Buat makluman, Kampung Sibu Laut dan Kampung Sungai Aur adalah terletak di bawah kendalian dan seliaan Lembaga Air Kuching (LAK).

Kos pelaksanaan projek yang bernilai lebih RM 4 Juta ini melibatkan kerja-kerja pembinaan saluran paip baharu, pembinaan saluran paip submarin yang merentasi Sungai Sibu Laut ke Kampung Sibu Laut dan Kampung Sungai Aur dan pembinaan Inline Booster Pump Station. Projek ini bakal dapat menyelesaikan isu bekalan air di kedua-dua kawasan tersebut sekaligus merapatkan jurang perbezaan di antara penduduk luar bandar dan dalam bandar agar bersama-sama menikmati kemudahan utiliti asas ini.